Ads Top

Selepas Aliff Aziz, Sarah Yasmine Dedah Pula Hubungan Dengan Meerqeen

Setelah mendedahkan tentang hubungan dengan Aliff Aziz, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan pula hubungannya bersama Meerqeen.

Pendedahan itu dibuat setelah dia tidak dapat menerima kenyataan Meerqeen yang mengatakan hubungan mereka sekadar artis dan peminat.

Menerusi perkongsian di Insta Story, dedah Sarah, dia merupakan wanita yang rapat dengan Meerqeen selepas pelakon itu berpisah dengan Anna Jobling pada tahun lalu.

“Saya wanita selepas Anna. Mereka putus cinta dan kemudian saya datang. Saya dan Meerqeen dah tak ada apa-apa, saya dan Anna jadi kawan.

“Meerqeen tidak curang terhadap Anna dengan saya. Saya dan Anna jadi kawan selepas itu,” katanya.

Malah, wanita asal Singapura itu telah menjelaskan bahawa dia bukanlah menjadi punca Meerqeen dan Anna berpisah.

Selain itu, Sarah turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan Meerqeen pada Oktober 2023.

Sementara itu, Sarah menyifatkan Meerqeen sebagai seorang lelaki yang mengagumi diri sendiri dan dia tidak menyukai sikap pelakon tersebut.

Ujarnya, sebelum ini dia sekadar mengagumi wajah tampan Meerqeen, namun bukan peminatnya sehinggalah mereka berkenalan pada Ogos 2022.

“Saya tidak pernah meminati Meerqeen. 2019 di TikTok? Mungkin sebab dia mempunyai wajah kacak. Tapi selepas video pada 2019, saya tidak pernah bercakap dengannya walaupun sekali sehinggalah pada Ogos 2022.

“Saya tidak pernah suka dia sejak dia ada perangai ‘sebab saya Meerqeen’. Jadi apa yang dia cakap sudah dapat dijangka,” katanya.

Sebelum ini, Meerqeen mengakui pernah bertemu Sarah, tetapi menyatakan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang artis dan peminat.

Kenyataan itu dibuat setelah seorang individu di aplikasi X mendakwa Sarah juga pernah mempunyai hubungan dengan Meerqeen.

Namun begitu, individu tersebut tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status hubungan Sarah dan Meerqeen.

Baru-baru ini, Sarah yang juga seorang janda mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu. – KopiPlanet.com

The post Selepas Aliff Aziz, Sarah Yasmine Dedah Pula Hubungan Dengan Meerqeen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.