Ads Top

Dısangka Hubungan Sudah Pulih, Misya Dedah Marissa Muat Naik Gambar Lama Tanpa Ada Perbincangan

Tindakan Marissa Dania yang memuat naik gambar ‘boomerang’ bersama madunya, Misya Mazlan di Insta Story menyebabkan ramai yang menyangka mereka sudah berbaik-baik.

Bagaimanapun, Misya mendedahkan bahawa gambar ‘boomerang’ berkenaan telah dirakam sebelum kisah mereka menjadi viral di media sosial.

Malah, selepas kisah mereka menjadi perhatian ramai, keadaan telah mula berubah apabila berlaku sedikit perbalahan dan memilih membuat hal sendiri.

“Hi Assalamualaikum, ramai DM Misya tanya tentang posting ini (boomerang bersama Marissa) dan media pun sudah mula keluarkan headline. Gambar ini sebelum tular yang mana masa ini Marissa dan Misya sudah pun berbaik. 

“Sebab? Misya terima poligami dan apa yang terjadi. Kami pun berdamai tapi lepas viral tentang kisah nikah ini, semuanya berubah. Ada sedikit berbalah, Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal sendiri,” katanya yang turut membuat penjelasan menerusi Insta Story.

Pada bahagian informasi gambar yang didedahkan oleh Misya, turut tertera gambar ‘boomerang’ itu dirakam pada 14 Januari 2024.

Dalam pada itu, Misya turut membangkitkan isu sebuah jenama dengan merasakan pihak berkenaan tidak menjaga sensitiviti semua pihak apatah lagi dengan situasi sedang dihadapi mereka ketika itu.

“Misya tak pernah cakap kami bermusuh. Tapi Misya tekankan pada kes peragaan satu jenama ini untuk jaga sensitiviti semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.

“Situasi kami sekarang tak seperti digambarkan dalam gambar itu ya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Misya kekal berfikiran positif jika Marissa mahu berbaik walaupun tindakan memuat naik video boomerang itu tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

“Ada sedikit berbalah, Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal sendiri, Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam.

“Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa, lama kita tak berhubung. Maaf zahir dan batin ikhlas dari Misya.

“Misya balas dengan story jugalah penjelasan ini sebabnya Misya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Takda hubungi atau ada apa-apa perbincangan setakat ni,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dısangka Hubungan Sudah Pulih, Misya Dedah Marissa Muat Naik Gambar Lama Tanpa Ada Perbincangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.