Ads Top

“Suami Orang Menggatal, Aku Maki Terus” – Puteri Balqis Pesan Elak Mengada-Ngada, Goda Pelakon Atau Kru Berstatus Suami Orang

Pelakon popular, Puteri Balqis menitipkan pesanan supaya mengelak untuk bersikap mengada-ngada dan menggoda sama pelakon atau kru berstatus suami orang.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, Balqis memberitahu untuk elak daripada suami orang jika bukan urusan mengenai kerja.

“Bila berada dalam industri, tidak kira usia, sama ada belasan tahun atau lebih berumur, kita berhadapan dengan pelakon-pelakon lelaki dan kru-kru lelaki berstatus suami orang.

“Elakkan mengada-ngada atau cuba menggoda mereka. Kalau mereka cuba hampir dengan kita dan bukan kerana urusan kejam lari. Nyroklah mana-mana, belakang lori ke, duduk dalam bilik atau kereta,” ujarnya.

Baru-baru ini, dunia hiburan digemparkan dengan kisah dua orang pelakon iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies yang didakwa telah ditangkap khalwat.

Pada masa sama, Balqis juga menasihati agar setiap wanita untuk mengasihani mereka yang berstatus isteri yang mengharapkan kesetian daripada suami.

“Kalau yang lelaki tak boleh setia, kita sebagai wanita kasihanilah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan. Kita yang kena kuatkan diri.

“Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus. Tak kisahlah pelakon ke crew. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Suami Orang Menggatal, Aku Maki Terus” – Puteri Balqis Pesan Elak Mengada-Ngada, Goda Pelakon Atau Kru Berstatus Suami Orang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.