Ads Top

Saling Berbalah Isu Anak… Abby Abadi Akui Sudah Lama Simpan Perasaan, Norman Hakim Tegaskan Tidak Lepas Tangan

Pelakon popular Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi dilihat saling berbalah sesama sendiri menerusi komen di media sosial berhubungan isu perkahwinan anak mereka iaitu Marissa.

Menerusi komen daripada Norman, dia menegaskan tidak pernah lepas tangan dan meminta Abby untuk tidak menghebahkannya kepada umum.

“Istighfar bok (panggilan Abby), bawa bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan.

“Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” tulisnya.

Norman memberikan komen sedemikian apabila bekas isterinya itu berkongsi perasaan menerusi satu video podcast mengenai anaknya itu yang kahwin lari dengan Aslam berstatus suami orang.

Dalam pada itu, Abby turut membalas komen berkenaan dengan meluahkan rasa kecewa terhadap Norman yang dianggapnya seperti lepas tangan.

“Isu ini isu besar. Selagi tak selesai, selagi itu orang akan bercerita. Antara kita, memang ini yang berlaku pun. Ada lagi yang saya tak tulis. Awak memang sangat-sangat mengecewakan!

“Saya penat lama menyimpan. Kasihan anak-anak saya, dari kecil awak buat sesuka hati awak sahaja. Sekarang anak-anak dah besar.

“Jadi tak perlu berbaik pun tak mengapa. Tak ada beza. Selesaikan apa yang patut saja dan yang tertangguh sekian lama. Kalau tak sedia, menjawab saja depan Allah SWT nanti,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Saling Berbalah Isu Anak… Abby Abadi Akui Sudah Lama Simpan Perasaan, Norman Hakim Tegaskan Tidak Lepas Tangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.