Gara-Gara Kontroversi Ditangkap Khalwat, Wajah Ruhainies Dikaburkan Dalam Video Iklan Produk Kecantikan
Tidak dinafikan kontroversi melibatkan isu ditangkap khalwat pada minggu lalu semakin memberi kesan kepada kerjaya pelakon Ruhainies.
Yang terbaru, produk kecantikan kesihatan jenama Kitsui Beauty telah mengaburkan wajah Ruhainies menerusi satu video iklan Kitsui Ramadan Greeting dan Kitsui Raya.
“Kitsui tidak menyokong mana-mana pihak berkelakuan buruk atau kontroversi.
“Filem pendek ini adalah untuk tujuan promosi dan hiburan semata-mata,” ujar kenyataan dalam video berkenaan.
Selain Ruhainies, video berkenaan turut menampilkan dua orang lagi artis popular iaitu Hisyam Hamid dan penyanyi Wany Hasrita.

Dalam pada itu, Kitsui dalam satu kenyataan yang dimuat naik memohon maaf atas segala kesulitan menerusi posting yang telah dimuatnaik.
“Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greeting dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.
“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi salah seorang pelakonnya, Kitsui berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dilakukan pada Disember 2023,” ujarnya, – KopiPlanet.com

The post Gara-Gara Kontroversi Ditangkap Khalwat, Wajah Ruhainies Dikaburkan Dalam Video Iklan Produk Kecantikan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: