Ads Top

A. Aida Black List Nama Ruhainies, Tawarkan Bella Astillah Kontrak Tiga Buah Drama

Penerbit popular, Datuk A. Aida memaklumkan telah menyenaraihitam nama Ruhainies daripada berlakon dalam produk terbitan syarikatnya.

Menerusi laporan portal mStar, A. Aida meluahkan kekesalannya apabila pelakon berkenaan sanggup menjalinkan hubungan dengan suami kepada rakan baik sendiri.

“Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

““itu saya ‘black list’ nama Ruhainies. Saya buang nama dia dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga telah menawarkan kepada Bella kontrak untuk berlakon dalam tiga buah drama terbitannya untuk jangka masa setahun.

Beliau berkata, peluang untuk Bella ini bukan sekadar tanda sokongan terhadapnya malah ia juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

“Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

“Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya,” ujarnya.

Tegas beliau, mana-mana pelakon yang bermasalah sehingga boleh menjejaskan nama baik industri serta individu itu sendiri tidak harus diberi peluang.

“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis bermasalah saya tidak akan ambil berlakon. Kalau Ruhainies, dia minta maaf pun saya tak terima dia berlakon lagi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: portal mStar

The post A. Aida Black List Nama Ruhainies, Tawarkan Bella Astillah Kontrak Tiga Buah Drama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.