“Terlajak Kata Buruk Padahnya…” – Puteri Sarah Saman Nazatul Nazira RM1 Juta
Pelakon Puteri Sarah membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Nazatul Nazira menerusi saman bernilai RM1 juta.
Dalam satu posting di Instagram, Puteri Sarah turut berkongsi mengenai perincian saman tersebut menerusi media sosialnya sebentar tadi.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” tulisnya ringkas.
Pelakon berkenaan memfailkan saman tersebut disebabkan beberapa perkara termasuklah terdapat kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai dirinya yang bertujuan menjatuhkan reputasinya.
Antara tuntutan daripada pihak Puteri Sarah adalah permohonan maaf secara terbuka daripada pihak individu terbabit selain ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas tindakan dilakukan Nazatul.
“Menarik semula keseluruhan kenyataan yang tidak benar dan fitnah tersebut dan membuat satu permohonan maaf kepada anak guam kami (Sarah) secara terbuka.
“Ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan sebagai ganti rugi untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej anak guam kami serta tekanan psikologi dan/atau mental dan/atau emosi yang dialami olehnya,” demikian antara tuntutan dalam surat dikongsikan pelakon itu.
Dalam pada itu, berdasarkan notis yang dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik oleh wanita tersebut terhadap Puteri Sarah.
Antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja. – KopiPlanet.com

The post “Terlajak Kata Buruk Padahnya…” – Puteri Sarah Saman Nazatul Nazira RM1 Juta appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: