Ads Top

Mahadi Terkejut Nama Berada Dalam Senarai Amaran Suruhanjaya Sekuriti, Akui Tidak Terima Sebarang Surat Makluman

Suami kepada pelakon Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman mengakui agak terkejut mengenai dakwaan namanya tersenarai dalam senarai amaran pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang kini sedang tular.

Menerusi laporan portal mStar, Mahadi berkata dia sendiri tidak tahu tentang perkara berkenaan memandangkan dia tidak menerima apa-apa surat makluman dan akan ke pejabat SC.

“Saya dalam perjalanan ke pejabat SC. Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.

“Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ni baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?,” ujarnya.

Sementara itu, Mahadi menegaskan bahawa dia dan syarikatnya tidak membuat sebarang perkara yang salah, menipu atau melakukan perkara-perkara haram.

Jelasnya lagi, dakwaan tersebut yang kini menjadi viral dan diperkatakan ramai itu juga boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya.

“Ikutkan dari dulu saya dah kena hadapi fitnah-fitnah tentang diri saya ni. Tapi bila nama saya masuk dalam sistem SC saya sendiri terkejut tambah pula bila dah viral memang sangat terkejut,” ujarnya.

Pada masa sama, Mahadi memaklumkan dia juga sudah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara itu. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: mStar Online

The post Mahadi Terkejut Nama Berada Dalam Senarai Amaran Suruhanjaya Sekuriti, Akui Tidak Terima Sebarang Surat Makluman appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.