Ads Top

Tiga Hari Dimasukkan Ke ICU, Nora Ariffin Hanya Fikirkan Kematian… Sempat Minta Maaf Kepada Suami

Penyanyi popular, Datuk Nora Ariffin mengakui dirinya hanya memikirkan kematian sewaktu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari baru-baru ini.

Nora berkata, dia berhadapan dengan keadaan di mana dia mengalami serangan jantung kecil dan paru-parunya sudah dipenuhi air.

“Sebelum itu saya ke sebuah pusat rawatan swasta kerana mengalami demam panas yang agak lama dan kemudian air dimasukkan ke dalam badan saya.

“Bagaimanapun, keadaan saya menjadi lebih teruk dan terus pergi ke sebuah pusat rawatan yang lain. Saya mengalami serangan jantung kecil dan paru-paru penuh air sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Pelancaran Pes Secukup Rasa By Nora yang berlangsung semalam.

Nora berkata, ketika berada di ICU dia berasa sukar untuk bernafas dan pandangan mata menjadi putih sehingga tidak sedarkan diri selama dua hari.

“Apa yang saya ingat, ketika itu saya hanya fikirkan tentang kematian sahaja. Malah, saya juga sempat meminta maaf kepada suami sebelum tidak sedarkan diri.

“Semasa dirawat di ICU, keadaan saya dijaga oleh tiga doktor pakar. Alhamdulillah, akhirnya saya sembuh dan dapat pulang ke rumah,” ujarnya.

Menurut Nora, dia juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pusat rawatan pertama yang tersalah memasukkan air di dalam badannya.

“Setakat ini tiada perancangan untuk mengambil tindakan terhadap kecuaian pusat rawatan berkenaan. Paling penting saya selamat dan dapat meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita mengenai pes makanan yang dipasarkannya itu, Nora memberitahu idea menghasilkan pes masakan berkenaan muncul sebelum dia menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-50 pada Julai lalu.

“Saya terfikir sampai bila saya nak menyanyi? Saya juga beritahu pada diri sendiri, pada usia 50 tahun, saya perlu berbuat sesuatu. Kebetulan Allah SWT sudah aturkan saya pulang ke Kelantan dan bertemu dengan sepupu saya.

“Kedua-dua belah keluarga saya memang mempunyai latar-belakang dalam bidang katering secara besar-besaran. Selepas berbincang, mereka juga mahu meluaskan lagi bisnes mereka dan akhirnya kita bekerjasama mengeluarkan produk pes masakan di bawah jenama SECUKUP RASA BY NORA melalui sebuah lagi syarikat yang saya usahakan iaitu SECUKUP RASA EMPIRE,” ujarnya.

Pes masakan yang menggunakan tagline ‘Rasa Sekali Rasa Nak Lagi’ itu menawarkan dua jenis resepi masakan iaitu Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna yang cukup mudah sekali digunakan oleh golongan berkeluarga mahu pun bujang.

Menggunakan rempah ratus dan bahan-bahan yang segar, proses penghasilkan pes masakan  ini dilakukan dengan penuh hati-hati agar kualitinya terjaga dan rasanya juga memuaskan hati pelanggan yang membeli.

Orang ramai boleh dapatkan Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna Secukup Rasa By Nora di platform e-dagang, Shopee melalui pautan: shopee.com.my/noraariffin.os bermula hari ini. – KopiPlanet.com

The post Tiga Hari Dimasukkan Ke ICU, Nora Ariffin Hanya Fikirkan Kematian… Sempat Minta Maaf Kepada Suami appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.