Ads Top

Ira Kazar Jadi Individu Carian Paling Tinggi Google Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023

Isteri kepada pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi individu yang mempunyai carian paling tinggi Google di Malaysia sepanjang tahun 2023.

Kedudukan tersebut adalah berdasarkan kepada laman web https://ift.tt/ZKqHynu dengan menyenaraikan kedudukan 10 tertinggi.

Malah, apa yang lebih menarik perhatian apabila Ira berjaya mengatasi beberapa selebriti lain seperti Tan Sri Michelle Yeoh yang berada di kedudukan ketiga.

Paling mencuri tumpuan apabila Ira juga berjaya ‘menewaskan’ suaminya sendiri iaitu Syamsul (ke-6) dan serta bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah (ke-5).

Pada tahun ini, nama anak kepada pelakon Kazar Saisi itu menjadi sebutan ramai mengenai status perkahwinannya bersama Syamsul. – KopiPlanet.com

The post Ira Kazar Jadi Individu Carian Paling Tinggi Google Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.