Ads Top

Terpalit Isu Caruman KWSP, Shuib Akui Perniagaan Bubble Bee Miliknya Tidak Terjejas, Jualan Semakin Meningkat

Usahawan dan pelawak popular, Shuib memberitahu perniagaan Bubble Bee miliknya tidak terjejas dan jualan semakin meningkat, meskipun terpalit dengan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Shuib berkata, dia memang menerima banyak kecaman apabila isu berkenaan timbul, malah akan perbaikan segala kesilapan yang timbul.

“Kecaman demi kecaman… tetapi alhamdulillah ini semua rezeki Allah, kuasa Allah. Kita punya sale setakat ini maintain dan makin naik. Mungkin juga kecaman itu kita beranggapan itu adalah kecaman yang positif Allah akan berikan sesuatu untuk kita.

“Selagi kita tidak berbuat salah, tak menganiaya orang… InsyaAllah Allah akan mudahkan. Pada saya buat kesilapan dalam perniagaan itu biasa. Kalau ada silap kita kena betulkan atau buat penambah baikan. Jangan kalau kita buat silap, kita melenting tak tentu arah.

Pelawak itu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pembukaan cawangan Bubble Bee ke-45 yang berlangsung di Masjid Tanah, Melaka semalam.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu isu kelewatan bayaran caruman KWSP sudah selesai dan pihaknya sudah berhubung dengan KWSP bagi pembayaran secara ansuran selain kira-kira 300 pekerjanya juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu.

“Mengenai isu KWSP yang tular baru-baru ini, semuanya saya ambil sebagai ‘wake up call’ dan satu pengajaran kepada Bubble Bee tetapi dalam masa sama kita sangat komited serta positif.

“Maksudnya, segala permasalahan mengenai KWSP sudah selesai. Pekerja sudah mendapat memo dan kiriman e-mel selain sedia faham mengenai status (pembayaran) KWSP,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Terpalit Isu Caruman KWSP, Shuib Akui Perniagaan Bubble Bee Miliknya Tidak Terjejas, Jualan Semakin Meningkat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.