Ads Top

Jalaluddin Hassan Masuk Hospital Akibat Jangkitan Kuman Pada Saluran Kencing

Pelakon senior popular, Datuk Jalaluddin Hassan telah dimasukkan ke hosptial akibat jangkitan kuman pada saluran kencing hari ini.

Menerusi laporan portal mStar Online, pelakon berkenaan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

“Sejak minggu lalu lagi saya sudah mula rasa sakit pada bahagian pinggang. Pada awalnya saya hanya mendapatkan rawatan daripada anak saudara saya yang juga merupakan seorang doktor.

“Pada mulanya saya rasa seperti sudah pulih, kencing pun dah tak sakit dan saya meneruskan pembabitan dalam Mega Spontan dan aktiviti kerja lain,” ujarnya.

Menurutnya, dia menahan sakit sejak seminggu lalu dan hanya mendapatkan nasihat daripada anak saudaranya yang juga merupakan seorang doktor.

Namun penyakit itu tidak pulih sepenuhnya sehingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

“Memang silap saya juga kerana tidak memandang sakit ini secara serius. Lagipun anak saudara saya sudah minta saya ke hospital, tetapi saya kata padanya saya masih banyak kerja perlu diselesaikan.

“Dia agak kecewalah dengan saya kerana penyakit-penyakit seperti ini tidak boleh hanya dirawat dengan makan ubat kerana itu hanya sementara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jalaluddin meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan lain dalam program Mega Spontan yang akan bersiaran pada malam ini (Jumaat).

“Saya amat sedih juga kerana tidak dapat bersama dengan kawan-kawan yang lain dalam Mega Spontan. Saya sudah maklumkan kepada pihak Astro dan mereka juga faham dengan situasi saya.

“Buat masa ini, doktor menyarankan untuk saya berehat dahulu di hospital untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.

Kredit artikel: portal mStar Online

The post Jalaluddin Hassan Masuk Hospital Akibat Jangkitan Kuman Pada Saluran Kencing appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.