Ads Top

“Tuduh Saya Hina Agama, Keluarkan Fatwa Songsang Tuduhan Berniat Jahat & Fitnah” – Baby Shima Akan Rujuk Peguam

Penyanyi popular, Baby Shima menegaskan tuduhan yang mengatakan dirinya menghina agama dan mengeluarkan fatwa songsang adalah berniat jahat dan fitnah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi itu berkata apa yang diperkatakan olehnya sebelum ini adalah konsert secara umum.

“Saya sebut konsert secara umum, konsert itu sebahagian daripada hiburan. Konsert Coldplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Di Malaysia ini pelbagai agama dan bangsa yang ada… kita masyarakat majmuk.

“Namun tuduhan bahawa saya menghina agama, keluarkan fatwa, malah fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi itu mendapat kecaman daripada seorang pendakwah bebas iaitu PU Syed yang mengatakan dia telah mengeluarkan fatwa berkenaan konsert.

Dalam pada itu, Baby Shima menyatakan dia hanya menggunakan haknya untuk memberikan pendapat peribadi secara umum.

“Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita merdeka. Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing.

“Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan apa yang haram. Saya beritahu apa pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tiada tittle PU saya tak boleh suarakan pendapat? Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap? mana yang bab menghina agama nya?” ujarnya.

Jelasnya, dia juga sudi dan bersedia menerima teguran bukan serangan tanpa usul periksa, malah akan merujuk kepada pihak peguam sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan. – KopiPlanet.com

The post “Tuduh Saya Hina Agama, Keluarkan Fatwa Songsang Tuduhan Berniat Jahat & Fitnah” – Baby Shima Akan Rujuk Peguam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.