Ads Top

Alicia Amin Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan ‘Kapla’ High Council, Akui Tak Pernah Berjumpa Dengan Amir Ahnaf

Setelah beberapa bulan bercerai, pelakon dan juga model popular Alicia Amin menafikan kini menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Amir Ahnaf.

Alicia berkata, dia menganggap ia satu gosip yang tidak berasas memandangkan dia dan Amir yang dikenali dengan watak Kapla dalam drama Project High Council itu belum pernah bertemu antara satu sama lain.

“Macam mana nak kata kami bercinta, sedangkan saya tak pernah berbual dengan Amir. Lagipun kami langsung saling tak mengenali dan tak pernah berjumpa dengannya.

“Buat masa ini saya saya cuma pernah bertemu dengan kawan-kawan Amir yang lain seperti Mierul Aiman dan Nadhir Nassar. Memang gosip yang mengatakan kami bercinta tu tak benar sama sekali,” ujarnya.

Alicia berkata demikian ketika ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) di stesen KTM Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alicia juga memaklumkan bahawa dia kini lebih selesa dengan status sekarang ini tanpa terikat dengan mana-mana lelaki.

Jelasnya, buat masa ini kerjayanya dalam bidang seni masih lagi panjang, malah turut menanam impian untuk mengembangkan karier lakonan di luar negara.

“Sebelum ini kerjaya saya dalam bidang peragaan sudah membawa saya ke luar negara. Jadi, saya capai Impian yang sama dalam lakonan untuk melangkah lebih jauh,” jelasnya.

Alicia pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Farzan Iqbal pada Februari 2022, namun mengesahkan sudah bercerai sekitar Mac lalu.

Keputusan untuk berpisah diambil secara bersama dengan melakukan perbincangan sekaligus memutuskan untuk menjadi kawan sahaja. – KopiPlanet.com

Sementara itu, meluahkan rasa teruja apabila namanya diumumkan antara 20 calon awal kategori Aktres Filem Wanita Popular dan Couple Filem Popular menerusi filem The Disappearance Of Irdina Adhwa gandingan bersama Syazuwan Hassan.

Menurut Alicia, dia mengakui masih baharu dalam industri seni berbanding calon lain yang dilihat mempunyai kedudukan kukuh selain aktif dalam media sosial.

“Sejujurnya saya tak rasa yang diri saya ini popular, malah saya jarang memuat naik hantaran dalam laman sosial kecuali hal berkaitan kerja.

“Saya tak naaikan mungkin saya tidak akan dapat raih undi yang banyak seperti artis lain disebabkan kurang berkempen secara maya. Apa pun terima kasih atas pencalonan ini,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Alicia Amin Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan ‘Kapla’ High Council, Akui Tak Pernah Berjumpa Dengan Amir Ahnaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.