Ads Top

Mira Akui Pernah Buat Silap, Mental Sangat Penat & Sedang Perbetulkan Kesilapan

Sejak bulan Mac lalu, nama seorang gadis yang dikenali sebagai Amirah atau Mira menjadi sebutan gara-gara dikatakan mempunyai hubungan dengan bos sendiri iaitu View Chin.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh bekas isteri View Chin sehingga membuatkan Mira mengambil sikap berdiam diri buat seketika.

Bagaimanapun, kini gadis berkenaan dilihat kembali membuat kemunculan semula di media sosial, meskipun masih mendapat kecaman netizen.

Menerusi satu posting di Instagram, Mira mengakui tentang kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini serta meluahkan mentalnya berasa penat berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Ramai yang tanya meera (kau ni tk ada perasaan ke! Kau ni tk tahu malu ke! Kau ni nk play victim ke! Kau ni sundal!) banyak kata kata negative yg meera dapat.

“Meera ada silap meera & meera sedang perbetulkan silap meera, kecaman, hinaan & cacian. Semua ni sebab atas diri yang pernah buat silap, meera akan berubah untuk yang lebih baik. Mental meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula, terdapat lagi kebanyakan netizen yang terus mengecam gadis tersebut.

Namun begitu, ada juga segelintir yang memberi sokongan moral kepadanya dan meminta agar terus bersabar serta tidak mengendahkan kata-kata netizen yang lain. – KopiPlanet.com

The post Mira Akui Pernah Buat Silap, Mental Sangat Penat & Sedang Perbetulkan Kesilapan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.