Ads Top

Johan As’ari Sedia Tamatkan Zaman Bujang Tahun Ini, Bakal Bergelar Suami Usahawan Harum Manis

Pelakon popular, Johan As’ari menyatakan dia meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang bersama wanita dikenali sebagai ’N’ yang juga seorang usahawan perniagaan mangga Harum Manis.

Johan berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dan menyasarkan akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Pada saya ’N’ seorang wanita yang begitu berdikari dan bersyukur seandainya dia adalah jodoh saya dan berharap agar ia menjadi kenyataan.

“Setakat ini persiapan perkahwinan sudah pun siap 90 peratus. Cuma setakat ini tarikh sahaja yang masih belum lagi ditetapkan. Kalau tarikh dah ada, baru saya akan umumkan,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media filem Tujuh Dua Belas yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, Johan setakat ini masih enggan mendedahkan lebih lanjut tentang wanita, selain menyatakan bakal isterinya itu merupakan lulusan PhD dalam jurusan Sains Politik di sebuah universiti di England.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam filem Tujuh Dua Belas, Johan memberitahu dia membawakan watak antagonis bernama Bentayan.

“Boleh dikatakan untuk filem ini, ia adalah paling banyak yang memerlukan saya membawakan watak yang sarat dengan aksi pergaduhan.

“Sememangnya saya cukup puas hati terlibat dalam filem Tujuh Dua Belas, apatah lagi dapat bergandingan dengan pelakon wanita yang terkenal dengan babak aksi seperti Farali Khan dan Chintya Chandranaya,” ujarnya.

Akan ditayang bermula pada 4 Mei 2023, Tujuh Dua Belas mengangkat kisah tentang penculikan kanak-kanak dengan menampilkan kehebatan wanita dalam aksi seni bela diri. – KopiPlanet.com

The post Johan As’ari Sedia Tamatkan Zaman Bujang Tahun Ini, Bakal Bergelar Suami Usahawan Harum Manis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.