Ads Top

Cedera Sampai Rahang Terkehel, Farali Khan Anggap Kecederaan Sebagai Lumrah Berlakon Filem Aksi

Pelakon, Farali Khan mengakui dirinya mengalami kecederaan sehingga rahangnya terkehel sewaktu menjayakan babak pergaduhan dalam filem Tujuh Dua Belas.

Namun begitu, Farali menganggap berlakunya kecederaan ketika berlakon filem aksi adalah lumrah yang perlu dilalui sebagai seorang pelakon aksi sepertinya.

“Kalau boleh saya tak nak berkongsi kerana tak mahu pelakon yang tak sengaja mencederakan saya itu berasa bersalah kerana ia agak teruk. Kesannya masih terasa sampai sekarang.

“Lagipun cedera ketika berlakon filem aksi memang normal dan saya pun tak salahkan pelakon itu. Kesannya rahang saya terkehel sehinggakan kalau saya buka mulut luas, akan ada bunyi,” katanya.

Farali berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Tujuh Dua Belas yang berlangsung baru-baru ini.

Jelas pelakon itu lagi, kecederaan itu berlaku mungkin disebabkan kurangnya latihan memandangkan waktu penggambaran yang agak terhad.

“Insiden yang saya alami itu berlaku disebabkan pihak produksi terpaksa mengubah koreografi pada saat akhir dan saya pula tak pernah berlatih berlawan dengan individu tersebut.

“Saya tak tahu anggaran dari segi ketinggian dan ketepatan masa, maka keserasian itu masih tiada. Bila kami lakukan adegan tersebut serta merta, maka berlakukan kejadian itu. Benda nak jadi, kita tak boleh elak. Saya tak salahkan sesiapa,” katanya.

Filem Tujuh Dua Belas yang mengangkat tema tentang pemerdagangan kanak-kanak mula ditayangkan di pawagam mulai 4 Mei 2023.

Selain Farali, turut membintangi filem arahan Thorpe Ali itu adalah Adam Darwisyh, Johan As’ari, Idzham Ismail serta pelakon aksi Indonesia, Chintya Candranaya. – KopiPlanet.com

The post Cedera Sampai Rahang Terkehel, Farali Khan Anggap Kecederaan Sebagai Lumrah Berlakon Filem Aksi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.