Ads Top

Tiada Lagi ‘King’… Pelakon Ridzuan Hashim Disahkan Meninggal Dunia

Pelakon popular, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Menerusi laporan Astro Awani, berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri.

“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” katanya.

Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham Ridzuan turut berkongsi berita sedih  itu di akaun Instagram peribadinya.

Allahyarham merupakan seorang pelakon yang cukup dikenali ramai, terutama sekali menerusi filem KL Gangster dengan memegang watak King. – KopiPlanet.com

The post Tiada Lagi ‘King’… Pelakon Ridzuan Hashim Disahkan Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.