Ads Top

Shuhada Terpaksa Tamatkan Operasi Perniagaan Biskut Shelup Shelup, Mahu Fokus R&D Produk Lain

Setelah beberapa bulan menjalankan perniagaan biskut jenama Shelup Shelup, akhirnya Shuhada Shukri terpaksa menamatkan operasi perniagaan berkenaan.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu berkata buat masa ini dia akan fokus kepada R&D produk lain.

“Shu nak tutup terus order Shelup Shelup and nak focus untuk R&D product next Shu. Kiranya, lepas ni dah takda dah Shelup Shelup Raya Box, Shelup Mini, or Shelup Single pouch. Shu nak move to a simpler yet very significant product . 

“Terima kasih diatas semua support yang diberikan selama ni. Shu rasa dihargai sepanjang perjalanan Shelup Shelup bagi yang dah order Shelup Mini RM59, Shu akan start assemble semua , packing dan hantar dalam masa 2 minggu ni,” ujarnya.

Sebelum ini, perniagaan yang diusahakan Shuhada itu mendapat kritikan ramai memandangkan harga yang dijual dikatakan terlalu mahal dan tidak ramai yang mampu membelinya.

Dalam pada itu, Shuhada tidak memaklumkan lebih jelas tentang punca utama penutupan perniagaan berkenaan, namun mengakui berhadapan dengan pelbagai ujian.

“Semua tahu Shu launch Shelup Shelup sebelum puasa haritu. Shu start shelup shelup sebab shu nak hidupkan impian shu berdikari dan jadi orang hebat macam korang semua.

“Dalam masa yang sama shu nak semua rasa keunikan idea makanan shu. Tapi, bila start operation Shelup Shelup , shu berhadapan dengan macam macam ujian and dugaan .

“Walaupun ni normal dalam dunia business, tapi shu nampak, Shu kena simplify business Shu untuk bergerak lagi jauh and untuk shu upscale lagi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Shuhada Terpaksa Tamatkan Operasi Perniagaan Biskut Shelup Shelup, Mahu Fokus R&D Produk Lain appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.