Ads Top

Farid Kamil Syukur & Lega Filem Anwar The Untold Story Dapat Ditayangkan Di Malaysia

Pelakon popular, Farid Kamil meluahkan rasa syukur dan lega apabila filem Anwar The Untold Story akhirnya dapat ditayangkan di Malaysia.

Farid berkata, sepanjang pembikinan filem berkenaan, memang pelbagai cabaran yang dihadapi olehnya serta produksi.

“Memang terasa kepayahan dan kesusahan ketika kami semua bersetuju untuk memulakan penggambaran kerana pembikinan filem ini pada awalnya tidak mendapat restu.

“Malah, saya pun terpaksa sembunyikan pemergian saya ke Indonesia untuk menjalani penggambaran sehinggalah selesai dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pulangnya saya ke Malaysia pada ketika itu membawa perasaan yang lega.

Anwar: The Untold Story terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan DMY Creation selaku pengedar rasmi diarahkan oleh Viva Westi serta turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Acha Septriasa dan Hasnul Rahmat.

Filem berkenaan yang berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998mendedahkan kisah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yang pejuangannya mencegah rasuah negara secara konsisten yang akhirnya menyebabkan beliau ke penjara.

Sementara itu, Viva menyatakan bahawa meskipun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak tepat 100 peratus, tetapi isu utama yang dibangkitkan dalam filem tersebut merupakan kejadian sebenar yang berlaku.

“Situasi pada masa itu sangat tidak menyenangkan. Kami terpaksa sembunyi-sembunyi. Jadi, kami mohon maaf kalau-kalau ada yang terkurang.

“Tujuan kami membuat filem ini kerana bersimpati dengan perjuangan Pak Anwar. Kami membuat filem ini dengan sangat berhati-hati,” ujarnya.

Filem Anwar The Untold Story akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei 2023. – KopiPlanet.com

The post Farid Kamil Syukur & Lega Filem Anwar The Untold Story Dapat Ditayangkan Di Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.