Ajinomoto Pelawa Orang Ramai Lawat Kilang Pintar Baharu & Mesra Alam, Dapat Penarafan ‘Perak’ Oleh GBI
Kilang baharu Ajinomoto (M) Berhad (AMB) di Bandar Enstek Halal Hub yang kilang pintar dan mesra alam kini dibuka untuk lawatan orang ramai.
Kilang pintar dan mesra alam ini merupakan Bangunan Hijau yang disahkan secara rasmi dengan penarafan ‘PERAK’ Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pendigitalan digabungkan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Kilang ini juga direka untuk menyediakan pekerja dengan persekitaran yang kondusif dan mesra kerja termasuk dilengkapi fasiliti rekreasi.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti lawatan galeri dan koridor pengeluaran, demonstrasi masakan dan sesi hidangan ringkas.
Pengunjung turut menerima cenderahati menarik dan pelbagai sampel produk selepas lawatan tersebut. Lawatan ini juga adalah PERCUMA!
Anda boleh melawat kilang baharu AMB antara pukul 9 pagi hingga 4 petang, dari Isnin hingga Jumaat. Dapatkan maklumat lanjut mengenai lawatan kilang dan daftar hari ini di laman web Ajinomoto Malaysia di https://ift.tt/XFqi4ld us/factory-visit-0
Tentang Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) memulakan operasi perniagaan pada tahun 1961 sebagai salah sebuah syarikat Jepun yang pertama di Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Ajinomoto, pengeluar global makananan dan perencah berkualiti tinggi, bermula dengan Perencah Umami AJI-NO-MOTO® yang ditemui dan dikeluarkan lebih dari 100 tahun lalu di Jepun.
Hari ini, AMB mempunyai rangkaian produk di bawah jenama AJI-NO-MOTO®, Rasa SifuTM, SERI-AJI®, AJI-SHIO®, TUMIX®, PAL SWEET®, AJI-NO-MOTO® PLUS, AJI -MIXTM dan aminoVITAL®. – KopiPlanet.com
The post Ajinomoto Pelawa Orang Ramai Lawat Kilang Pintar Baharu & Mesra Alam, Dapat Penarafan ‘Perak’ Oleh GBI appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: