Ads Top

Terus Dapat Sokongan Peminat, Slam Bakal Adakan Konsert Slam Nurkasih Pada 6 Ogos Ini

Lagu-lagu seperti Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Rindiani dan banyak lagi antara lagu lagu malar segar dan hit kumpulan Slam. 

Tidak perlu dipertikaikan rangakain lagu lagu Slam sentiasa menarik minat peminat mereka. Malah, kehebatan kumpulan SLAM serta aura mereka sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka sentiasa mendapat sambutan hebat dari peminat peminat setia mereka. 

Kumpulan Slam dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap peminat peminat mereka terus memberi sokongan padu buat Slam. 

Konsert Slam Nurkasih akan bermula pada jam 8.30 malam. Konsert SLAM Nurkasih akan membawakan sekitar 18 hingga 20 lagu lagu hits mereka yang pasti membawa kenangan indah buat peminat.

Kejayaan demi kejayaan diraih kumpulan SLAM , kini sekali lagi kumpulan SLAM di beri kepercayaan untuk menjayakan sebuah konsert yang berprestij di ZEPP kuala Lumpur , berlangsung 6 Ogos 2023 nanti.

Konsert ini dibawakan  oleh AVG & WMD selaku penganjur utama , manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategic bagi konsert tersebut.

Apa yang menarik buat Konsert Nurkasih 4 kotak Royal box telah terjual semenjak hari pertama dibuka untuk jualan pada 5hb May yg lalu. Begitu juga dengan tiket tiket tiket yang lain juga mula mendapat sambutan hangat

Bagi yang ingin mendapatkan tiket tiket bagi menyaksikan konsert tersebut bole lah menghubungi Illaso ticket  03-21706333 atau melayari https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/

Tiket-tiket berharga RM198 (festival), RM298 (Cat 2 – kerusi), RM458 (VIP – kerusi  & akan mendapat goodie bag serta meet and greet bersama SLAM) dan RM5000 (Royal Box & ada mocktail, goodie bag serta meet and great bersama SLAM). – KopiPlanet.com

The post Terus Dapat Sokongan Peminat, Slam Bakal Adakan Konsert Slam Nurkasih Pada 6 Ogos Ini appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.