Ads Top

Aaron Aziz Enggan Ulas Lanjut Setelah Dinasihatkan Peguam, Mahu Pihak Produksi Segera Tampil Beri Kenyataan

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz enggan mengulas lanjut setelah dinasihatkan peguamnya mengenai kontroversi meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing.

Aaron berkata, dia sudah pun membuat kenyataan berhubung perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya dan tidak akan lagi berkata apa-apa berkenaan perkara tersebut.

“Saya dah dinasihatkan peguam untuk tidak bercakap apa-apa lagi. Apa yang saya katakan semua dah ada dalam Instagram saya.

“Apa yang orang fitnah, orang salah anggap saya dah bela diri saya. Saya pun perlu fikirkan anak-anak saya apabila mental dan emosi mereka diganggu,” jelasnya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program Mic On Selebriti yang berlangsung semalam, di mana dia bertindak selaku salah seorang juri.

Sebelum ini, pelakon berkenaan mendapat kritikan ramai termasuk Persatuan Haiwan Malaysia apabila tersebar video yang menimbulkan kontroversi berkenaan.

Video berkenaan difahamkan dirakam ketika pelakon kelahiran Singapura itu menjalani penggambaran untuk sebuah drama.

Dalam pada itu, Aaron juga menyatakan agar pihak produksi untuk tampil bersuara dan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Saya harap pihak produksi akan bersuaralah apa yang berlaku. Sebab nampak macam saya yang letak. Saya cuma pertahankan diri saya sahaja.

“Hopefully sama ada esok atau lusa siapa-siapa daripada pihak produksi dapat terangkan situasi sebenar. Lebih daripada itu saya tidak mahu komen,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Aaron Aziz Enggan Ulas Lanjut Setelah Dinasihatkan Peguam, Mahu Pihak Produksi Segera Tampil Beri Kenyataan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.