Ads Top

“Saya Tidak Berminat Dengan Cinta Lokasi…” Siti Khadijah Halim Lebih Selesa Berkawan Dengan Rakan Artis

Pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim menegaskan dia langsung tidak berminat dengan cinta lokasi, terutama sekali membabitkan rakan artis.

Siti berkata, dia lebih selesa sekiranya menjalinkan hubungan atas dasar kerja dengan mana-mana pelakon lelaki yang digandingkan dengannya.

“Saya tidak berminat dengan cinta lokasi… Saya rasa ia tidak memberi kesan kepada saya. Apabila saya bekerja, karektor saya akan jadi lain.

“Rasanya kalau bekerja dengan saya pun, saya tak rasa ada pelakon lelaki yang akan jatuh cinta dengan saya. Lagipun saya memang tidak mahu dan cuba elakkan,” ujarnya.

Jelasnya, dia tidak mahu terjebak dengan sebarang kejadian cinta lokasi memandangkan industri hiburan di negara ini yang tidak besar.

Ujarnya, dia juga ada melihat segelintir pasangan artis yang sudah memutuskan hubungan sehingga tidak mahu bertemu antara satu sama lain dalam mana-mana acara hiburan.

“Bayangkan kalau saya bercinta dengan seorang pelakon lelaki itu, kemudian hubungan kami putus. Lepas tu tiba-tiba kena berlakon bersama.

“Industri kita ni pun kecil, jadi pasti akan rasa tak seronok kalau perkara tersebut berlaku. Sebab itu saya seboleh-bolehnya memang cuba nak elak sebab saya nak berkawan lebih lama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti juga mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri pada usia 26 tahun.

“Dulu memang ada terfikir nak kahwin masa umur 26 tahun, tetapi nampaknya memang tak tercapai. Cuma yang tercapai saya dapat pakai busana pengantin rekaan Rizman Ruzaini.

“Apapun pada saya, aturan Allah itu memang sangat cantik. Malah, saya pun dah tak letak sasaran sangat. Siapa yang nak kahwin dengan saya, kahwinlah. Kalau ada rezeki, adalah… Yang penting ibu saya kena suka calon suami saya tu nanti,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Saya Tidak Berminat Dengan Cinta Lokasi…” Siti Khadijah Halim Lebih Selesa Berkawan Dengan Rakan Artis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.