Ads Top

“Saya Takde Lagu Nak Keluar, Takde Product Nak Launch…” – Zulin Aziz Nafi Dakwaan Umum Penceraian Sekadar Content Atau Marketing Semata-Mata

Pengacara dan pelakon popular, Zulin Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bahawa kenyataan tentang status rumah tangganya sekadar content semata-mata.

Menerusi perkongsian terbaharu di Insta Story, Zulin menegaskan bahawa orang gila sahaja yang melakukan perkara sedemikian sebagai bahan gurauan.

“Content… marketing… prank?? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya untuk apa???

“Saya takde lagu nak keluar, takde product nak launch. Hal macam ni orang gila je buat gurauan. Please stop!” tegasnya.

Pada pagi tadi, pelakon berkenaan memuat naik satu posting yang memberi bayangan bahawa hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini sudah berakhir.

Pasangan tersebut sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu, dan mendedahkan perpisahan mereka berpunca tiada lagi persefahaman.

Dalam pada itu, Zulin menyatakan dia enggan lagi membuat sebarang kenyataan dan hanya memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Saya mohon doa, hanya doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah. Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik dekat korang.

“Saya berhenti bercakap sampai di sini. Takde apa saya nak ulas lagi. Please….” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Saya Takde Lagu Nak Keluar, Takde Product Nak Launch…” – Zulin Aziz Nafi Dakwaan Umum Penceraian Sekadar Content Atau Marketing Semata-Mata appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.