Ads Top

Enggan Tarik Kes Terhadap Ira Kazar & Keluarga Punca Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai

Kemelut rumah tangga antara pengarah filem kontroversi pengarah sensasi, Syamsul Yusof bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana masih berterusan apabila perbincangan mengenai penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini tidak berjaya. 

Peguam syarienya, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan dan memohon proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) akan diulang semula. 

“Usaha nak selesai kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah. 

“Ia adalah berkenaan Ira Kazar dan tuntutan Sarah yang lain,” katanya. 

Prosiding itu berlaku di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas, pada jam 11.45 pagi tadi. 

Sebelum itu, proses sulh yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi juga tidak berhasil berikutan tiada persetujuan.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menegaskan bahawa dia sesekali tidak menarik kes terhadap Ira Kazar dan keluarga. – KopiPlanet.com

The post Enggan Tarik Kes Terhadap Ira Kazar & Keluarga Punca Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.