“Mungkin Sampai Sini Sahaja Kisah Kami…” – Zulin Aziz Beri Bayangan Sudah Bercerai Dengan Suami
Pelakon dan pengacara popular, Zulin Aziz membuat kejutan apabila memberi bayangan sudah bercerai dengan suaminya, Farhan Norzaini.
Dalam satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Zulin menyatakan tiada persefahaman antara mereka menjadi punca perpisahan.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Smoga yang baik2 untuk masa akan datang
“InshaAllah,masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi komen di posting berkenaan rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa terkejut dan seakan tidak percaya dengan perkongsian berkenaan.
Sehinggakan ada yang menyangka bahawa pengacara berkenaan seolah-olah seperti membuat marketing dengan memuatnaik posting berkenaan.
Sebelum ini, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022, setelah berkawan selama dua tahun. – KopiPlanet.com
The post “Mungkin Sampai Sini Sahaja Kisah Kami…” – Zulin Aziz Beri Bayangan Sudah Bercerai Dengan Suami appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: