Ads Top

Lepas Beli Kereta & Lulus Ujian ‘L’, Anna Jobling Sudah Rancang Mahu Ambil Lesen Memandu

Baru-baru ini, pelakon popular Anna Jobling telah berkongsi mengenai dirinya yang baru sahaja membeli sebiji kereta menerusi perkongsian di Insta Story.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila pelakon Melur Untuk Firdaus itu mendedahkan dirinya masih belum mempunyai lesen kereta.

“Saya dah agak mesti ada soalan berkenaan kereta. Sebenarnya, kereta itu saya beli memang untuk kegunaan saya, cuma saya belum ada lesen dan buat masa ini ibu saya akan gunakan dahulu.

“Kalau ditanya pasal sama ada saya dah pandai memandu atau belum, setakat ini saya belum sepenuhnya boleh memandu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anna memberitahu bahawa dirinya baru sahaja lulus ujian ‘L’ dan merancang untuk mengambil lesen memandu pada bulan hadapan.

Malah, dia juga sudah berbincang dengan pihak pengurusannya untuk mencari tarikh yang sesuai untuk dia pergi menjalani ujian.

“Kalau ikut perancangan pada bulan hadapan saya akan selesaikan segala-galanya. Lagipun, saya kini sudah ada lesen L.

“Untuk ambil lesen memandu pula saya dah bincang dengan pihak pengurusan supaya beri saya pelepasan selama dua atau tiga hari untuk selesaikan urusan pengambilan lesen,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Lepas Beli Kereta & Lulus Ujian ‘L’, Anna Jobling Sudah Rancang Mahu Ambil Lesen Memandu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.