Ads Top

“Kalau Nak Gaduh, Tunggu Lepas Raya…” – Sharnaaz Ahmad Enggan Ulas Kontroversi Bersama Aaron Aziz

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad enggan mengulas sebarang kontroversi yang tercetus membabitkan dirinya dengan Datuk Aaron Aziz baru-baru ini.

Sharnaaz berkata, buat masa ini dia tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan memandankan ketika ini umat Islam masih menyambut bulan Ramadan.

“Antara isu saya dengan Aaron ni, kalau nak bercakap ia akan jadi lebih besar dan panjang. Dia ni balas… dia ni balas… wartawan akan panjangkan lagi.

“Jadi, pada bulan puasa ini saya ambil pendekatan apa sahaja orang nak komen dekat saya, saya tidak mahu balas apa pun. Saya buat tak tahu, saya buat pekak,” ujarnya.

Sharnaaz berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis berbuka puasa dan pelancaran filem Polis Evo 3 yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, pelakon berkenaan telah memuat naik satu kenyataan di Insta Story miliknya berkenaan isu membabitkan Aaron dan Syamsul Yusof.

Malah, menerusi posting berkenaan juga, pelakon yang turut terbabit dengan penggambaran filem Original Gangster itu mempertahankan Syamsul.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga menyatakan ketika ini dia juga mahu memberi lebih fokus kepada perniagaan dan mencari rezeki untuk anaknya.

“Niat saya di bulan puasa ni saya nak berniaga, nak cari duit untuk anak saya. Kalau rasa nak cari gaduh dengan saya, kita tunggu lepas raya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Kalau Nak Gaduh, Tunggu Lepas Raya…” – Sharnaaz Ahmad Enggan Ulas Kontroversi Bersama Aaron Aziz appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.