Ads Top

“Jangan Cuba Masuk Campur!” – Aaron Aziz Beri Amaran Keras Tidak Mahu Mana-Mana Individu Masuk Campur Kontroversi Babit Dirinya & Syamsul Yusof

Pelakon popular, Datuk Aaron memberi amaran keras kepada mana-mana individu agar tidak mencampuri sebarang urusan membabitkan kontroversi dirinya dengan Syamsul Yusof.

Aaron berkata, kepada mereka yang tidak terlibat dalam isu membabitkan mereka berdua agar tidak membuat sebarang kenyataan.

“Saya tak tahu pasal perkara tu sampailah anak saya jumpa dan menangis dan tunjuk di sosial media. Ketika itu pula saya baru bangun tidur.

“Jadi kepada mereka yang tak terlibat, dalam produksi baik pelakon atau siapa-siapa korang jangan bagi statement. Jangan masuk campur, kalau nak masuk campur kita boleh jumpa,” jelasnya.

Aaron berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu posting yang pernah dimuat naik oleh pelakon Sharnaaz Ahmad di media sosial berhubung isu membabitkan Aaron dan Syamsul.

Dalam pada itu, Aaron juga menolak dakwaan bahawa apa yang berlaku itu sebagai marketing, termasuk berkenaan resepi char kue tiaw isterinya yang viral.

“Ramai orang kata ini semua marketing… tak ada marketingnya. Saya bukan jenis yang suka buat marketing macam ni.

“Selama ini saya jenis yang senyap, tetapi bila dah ada orang buka mulut… jadi saya terpaksa buka mulut,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Jangan Cuba Masuk Campur!” – Aaron Aziz Beri Amaran Keras Tidak Mahu Mana-Mana Individu Masuk Campur Kontroversi Babit Dirinya & Syamsul Yusof appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.