Ads Top

Shuk Sahar Akui Sudah Bercerai Dengan Rossa Sera Sebaik Pulang Umrah

Setelah lebih setahun akhirnya teka-teki mengenai status rumah tangga Shuk Sahar akhirnya terjawab apabila pelawak itu sudah bercerai dengan isterinya iaitu Rossa Sera.

Menerusi laporan portal mStar, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menyatakan dia melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.

“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.

Shuk menyatakan, keputusan untuk bercerai dibuat atas persetujuan bersama selepas mereka pulang mengerjakan ibadah umrah awal tahun ini.

Jelasnya, biarpun tiada lagi ikatan antara mereka berdua, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih baik demi dua orang cahaya mata mereka.

Dalam pada itu, pelawak berkenaan memberitahu ia menjadikan perceraian itu sebagai pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik di masa akan datang.

“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.

“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri. Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: mStar Online

The post Shuk Sahar Akui Sudah Bercerai Dengan Rossa Sera Sebaik Pulang Umrah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.