Ads Top

Dedah Dirinya Sudah Dirisik Keluarga Kekasih, Bunga Isme Akui Belum Sedia Bergelar Seorang Isteri

Penyanyi rap wanita popular, Bunga Isme mendedahkan bahawa dirinya sudah dirisik keluarga kekasihnya yang dikenal sebagai Amzar Sabri.

Bunga berkata, majlis merisik itu diadakan pada bulan Februari lalu setelah masing-masing sudah saling berkenalan selama empat tahun.

“Alhamdulillah… saya sudah pun dirisik pada bulan lepas dan Amzar juga merupakan individu yang terbabit dalam industri hiburan.

“Cuma buat masa ini saya belum terfikir lagi untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu bergelar isteri kerana masih tidak bersedia,” ujarnya.

Bunga berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik single berjudul Raya Last Minit dendangan Andi Bernadee dan Ryan Bakery semalam.

Penyanyi itu berkata, ketika ini dia masih lagi mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya nyanyian serta mempunyai perancangan yang lebih besar.

Menurutnya, hasrat untuk mendirikan rumah tangga itu memang ada, cuma ia bukanlah dalam tempoh yang terdekat ini.

“Seboleh-bolehnya kami tidak mahu terlalu terburu-baru memikirkan soal kahwin, lagipun kami baru berkawan selama empat tahun.

“Apa yang paling penting kalau nak mendirikan rumah tangga kena lihat dari sudut kemampuan. Jadi, perkahwinan jadi fokus yang kedua,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Dedah Dirinya Sudah Dirisik Keluarga Kekasih, Bunga Isme Akui Belum Sedia Bergelar Seorang Isteri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.