Ads Top

Tuduhan Tak Hantar Anak Ke Sekolah Satu Fitnah, Fatin Afeefa Dedah Pernah Bayar Yuran RM40,000 Setahun Hantar Anak Ke Sekolah Antarabangsa

Pelakon popular, Fatin Afeefa menganggap tuduhan yang mengatakan dia tidak menghantar anak ke sekolah adalah satu fitnah.

Fatin berkata, dia telah menghabiskan sebanyak RM40,000 setahun untuk menghantar anaknya belajar di sekolah antarabangsa dan mempunyai segala bukti.

“Yang kata saya tak hantar anak ke sekolah masuk darjah satu tu adalah fitnah sebab bagi saya tak adil untuk menjawab perkara ini di media sosial.

“Saya spent RM40,000 untuk masukkan anak saya ke sekolah antarabangsa darjah satu. Anak saya terus masuk darjah dua tahun lepas dan lengkap tiga semester. Macam mana boleh cakap anak saya tak sekolah darjah satu,” ujarnya menerusi satu sesi live di TikTok baru-baru ini.

Jelas Fatin, sebagai sebuah sekolah antarabangsa anaknya tidak belajar silibus kebangsaan, sebaliknya di peringkat IGSCE yang tidak perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terus ke peringkat A-Level.

Ujarnya, bil persekolahan anaknya sahaja mencecah RM40,000, termasuklah perbelanjaan untuk membeli baju dan buku sekolah anaknya.

“Jadi saya tak paham yang kata saya tak sekolahkan anak. Jangan risau sebab saya bayar bil, saya ada semua bukti transaksi, bukti masuk sekolah.

“Bila orang fitnah kata saya tak kisah pasal anak, tak sekolahkan anak saya rasa sedih. Saya kerja untuk anak saya, balik pukul 2.00-3.00 pagi. Sebagai seorang ibu saya sediakan yang terbaik untuk anak saya,” jelasnya.

Menurutnya, dia juga ada berkongsi gambar anaknya pergi sekolah, namun menutup lencana sekolah berkenaan kerana tidak mahu ramai yang tahu sekolah anaknya di mana atas dasar keselamatan.

Dalam pada itu, pelakon itu juga memberitahu anaknya tidak lagi bersekolah di sekolah antarabangsa berkenaan setelah melihat kehidupan anaknya itu mula nampak urban.

Ujarnya, dia merasakan anaknya tidak boleh menjalani kehidupan yang terlalu urban dan akhirnya dia membuat keputusan menghantar ke sekolah swasta.

“Sekarang anak saya, saya dah berhentikan sekolah antarabangsa dan masukan ke sekolah swasta yang fokus kepada belajar agama.

“Anak saya sekolah tahfiz sekarang ini dan sekarang semuanya berjalan lancar dan saya gembira dengan perkembangan yang berlaku,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Tuduhan Tak Hantar Anak Ke Sekolah Satu Fitnah, Fatin Afeefa Dedah Pernah Bayar Yuran RM40,000 Setahun Hantar Anak Ke Sekolah Antarabangsa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.