Ads Top

Nikita Mirzani Akui Akan Solat Subuh Lepas Berzina Dengan Teman Lelaki

Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani mengakui masih tetap melaksanakan solat Subuh, meskipun baru sahaja berzina dengan teman lelakinya, Antonio Dedola pada malam sebelumnya.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Nikita ketika menjadi tetamu undangan podcast Dua Gacor yang berlangsung baru-baru ini.

“Setengah 6.00 pagi (5.30 pagi) sudah bangun dan kemudian solat.

“Kalau lepas berzina mandi junub dulu,” dedahnya.

Pelakon itu mendedahkan perkara demikian apabila ditanya hos, Christian Chandra mengenai rutin yang dilakukannya pada setiap pagi.

Dalam pada itu, Nikita juga menegaskan sama ada pendedahannya itu menjadi satu masalah umum memandangkan dia sendiri yang akan menanggung dosa.

“Habis tu kenapa? Kan saya yang berzina. Dosa, dosa itu saya yang tanggung.

“Yang sedap juga saya,” tegasnya. – KopiPlanet.com

The post Nikita Mirzani Akui Akan Solat Subuh Lepas Berzina Dengan Teman Lelaki appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.