Caprice Anggap Tindakan Pemuda Tawarkan Diri Jadi Suami Puteri Sarah Perbuatan Biadap
Penyanyi dan selebriti terkenal, Caprice menganggap tindakan seorang pemuda yang menawarkan diri untuk menjadi suami kepada Puteri Sarah sebagai satu perbuatan biadap.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Caprice menerusi satu perkongsian di Insta Story.
“Sori… bagi Cap ni agak biadaplah.
“Korang tak belajar ke apa. Dia masih status isteri orang,” luahnya.

Sebelum ini, umum mengetahui mengenai konflik yang berlaku antara Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof.
Ia berikutan pengakuan Syamsul sendiri yang mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar baru-baru ini.
Pada masa sama, Puteri Sarah juga menyatakan hasratnya untuk memfailkan penceraian pada Isnin ini. – KopiPlanet.com
The post Caprice Anggap Tindakan Pemuda Tawarkan Diri Jadi Suami Puteri Sarah Perbuatan Biadap appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: