Ads Top

Filem Jalan Masih Panjang Kisah Tentang Anwar Ibrahim… Farid Kamil & Acha Septriasa Jadi Tunjang Utama

Di sebalik kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan diadakan pada 19 November ini, sebuah syarikat produksi Indonesia kini sedang giat menyiapkan sebuan nashkah berjudul Jalan Masih Panjang.

Ia menjadi perhatian apabila filem terbitan syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment itu mengangkat kisah mengenai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, ketika ini sudah bertebaran beberapa keping yang menunjukkan proses pembikinan filem itu yang kini sedang menjalani penggambaran.

Apa yang menariknya, filem berkenaan menampilkan Farid Kamil selaku teraju utama memegang watak Anwar, manakala pelakon Indonesia iaitu Acha Septriasa pula dipercayai menggalas watak sebagai Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pembikinan filem berkenaan juga telah disahkan sendiri oleh Amin Ahmad yang juga merupakan calon yang mewakili Pakatan Harapan untuk Parlimen Kangar menerusi perkongsian di akaun Facebook.

“Oleh kerana sudah tersebar rancangan penerbitan filem mengenai Anwar Ibrahim – lakonan Farid Kamil dan Acha Septriasa, maka bolehlah saya kongsi juga sedikit sumbangan daripada kajian mengenai Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan sutradara filem ini.

“Sebenarnya selepas 2018 ada beberapa pihak telah bertemu saya tentang bahan ini – atas cadangan Pejabat DS Anwar sendiri. Ada yang nak buat dokumentari dan ada yang nak buat filem. Turut sama Dato’ Zul Aznam, mantan Ketua Polis Negeri Perlis yg dulu merupakan ADC DSAI. Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan “Jalan Masih Panjang”, tulisnya. – KopiPlanet.com

The post Filem Jalan Masih Panjang Kisah Tentang Anwar Ibrahim… Farid Kamil & Acha Septriasa Jadi Tunjang Utama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.