Ads Top

Tarikh Bertindih Dengan PRU15, Konsert Gigi Nakal Akan Tetap Diteruskan

Konsert Gigi Nakal anjuran YOLO Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 November ini masih akan tetap diteruskan, meskipun ia akan bertindih dengan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15).

Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, pihaknya berharap mereka yang sudah membeli tiket konsert berkenaan akan tetap hadir.

“Sebagai rakyat sudah menjadi tanggungjawab untuk pergi mengundi. Kalaulah tarikh konsert ini jatuh pada hari yang sama dengan PRU15, mereka boleh pergi mengundi sebelah siang dan malam pula boleh datang konsert,” ujarnya.

“Sekiranya ditakdirkan berlaku, pastinya ia sesuatu yang sangat unik apabila peminat akan datang dengan jari yang sudah dicelup menandakan sudah pergi mengundi,” ujarnya.

Haniff berkata, buat masa ini pihaknya belum mempuyai perancangan untuk memulangkan kembali wang pembelian tiket buat mereka yang mengundi di luar Lembah Klang.

Jelasnya, ia seharusnya berdasarkan atas perancangan sendiri mereka merasakan tiada keperluan untuk pulangkan kembali wang pembelian tiket.

“Kalau ada timbul sebarang kerisauan mengenai perkara berkenaan, bolehlah menghubungi kami terus dan berbincang untuk langkah seterusnya,” ujarnya.

Menampilkan band Gigi yang cukup popular di Indonesia, konsert Gigi Nakal akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur dengan tiket-tiket berharga antara RM200 hinca RM5,000. – KopiPlanet.com

The post Tarikh Bertindih Dengan PRU15, Konsert Gigi Nakal Akan Tetap Diteruskan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.