Ads Top

Status Rumah Tangga Jadi Teka-Teki, Luqman Hafidz Tunggu Masa Sesuai Beri Penjelasan

Status rumah tangga pelakon popular Luqman Hafidz menjadi tanda tanya apabila dilihat tidak berkongsi gambar keluarga di media sosial.

Bagaimanapun, Luqman berkata dia enggan memberikan sebarang komen dan akan memberikan penjelasan apabila tiba masa yang sesuai. 

“Sekarang ini biarlah saya happy-happy dulu dan agak sukar untuk saya kongsikan perkara begini. Bila tiba masanya nanti dan sudah ada kekuatan saya akan kongsikan. 

Banyak hati yang perlu dijaga termasuk keluarga dan pihak pengurusan kerjaya. Kalau ada yang nak buat spekulasi mengenai status rumah tangga saya, itu terpulang pada mereka,” katanya.

Luqman berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan drama tayangannya berjudul Astana Mini Siries yang berlangsung hari ini.

Selain mengambil pendekatan tidak berkongsi kisah peribadi, Luqman menyatakan dia tidak mahu ia menjadi bahan mulut orang lain sehingga boleh mengganggu kententeraman dirinya. 

“Memang sejak dulu lagi saya tak kongsi kisah peribadi. Saya tidak mahu kisah peribadi saya jadi ‘peluru’ untuk orang serang saya.

“Sebagai anak seni saya faham kita tidak boleh lari dari pandangan orang. Saya hormat setiap pendapat dan mengharapkan perkara sama dari semua orang,” katanya. 

Dalam pada itu, bercakap mengenai drama sulung arahannya itu, Luqman berkata dia amat berbesar hati untuk diberi peluang untuk mencuba satu bidang baharu dalam kerjaya seni. 

“Secara tidak langsung ia juga menjadi permulaan untuk terus menghasilkan drama sebagai seorang pengarah. Saya gembira untuk karya ini. Harap penerimaaan penonton lebih baik. 

“Kalau diberi peluang saya terbuka untuk buat lagi di platform lain. Kita beri cerita untuk penonton rasa,” jelasnya.

Drama siri pendek itu bakal ditayangkan di saluran Youtube Astana Motion Studio bermula 1 November ini.

Selain mengarah Luqman juga terlibat sebagai watak utama dan turut menampilkan pelakon lain seperti Cik Manggis, NasT dan Naqiu. – KopiPlanet.com

The post Status Rumah Tangga Jadi Teka-Teki, Luqman Hafidz Tunggu Masa Sesuai Beri Penjelasan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.