Ads Top

Shikin Maembong Datang Ke Majlis Sambutan Hari Jadi Ibu Chef Wan, Peminat Mohon Agar Hubungan Mereka Terus Berkekalan Baik

Perkongsian yang dibuat oleh Shikin Maembong menerusi Instagram mengenai kehadirannya di majlis sambutan hari jadi ibu kepada selebriti masakan Chef Wan yang juga bapa mentuanya telah menarik perhatian netizen.

Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan Shikin bergambar bersama-sama anaknya serta Chef Wan sewaktu majlis berlangsung.

“Tq papa @_chefwan58 invite me celebrate birthday nenek with families,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, pada Februari lalu, Shikin yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz telah mengambil tindakan untuk menyaman Chef Wan kerana mendakwa telah dimalukan.

Bagaimanapun, Shikin yang mahu menyaman bapa mentuanya sebanyak RM1 Juta itu menarik balik saman yang telah dibuat.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan keadaan tersebut dan berharap agak hubungan mereka terus berkekalan baik.

“Chef wan nie mulut dia memang bising, marah bapak2 tp hati dia sangat baik. sebab apa yang chef wan cakap tu semua logik. happy tgk gmbar nie,” ujar seorang netizen iaitu @feeramokhtar.

“Harapnya terus berbaik sampai hujung nyawa,” jelas @sarahkasawani. – KopiPlanet.com

The post Shikin Maembong Datang Ke Majlis Sambutan Hari Jadi Ibu Chef Wan, Peminat Mohon Agar Hubungan Mereka Terus Berkekalan Baik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.