Ads Top

Rizky Billar Menyesal Lakukan Kekerasan Terhadap Lesti Kejora, Enggan Ulas Tentang Tuduhan Berlaku Curang

Pelakon Rizky Billar akhirnya menyatakan kekesalannya terhadap tindakan melakukan kekerasan ke atas isterinya, Lesti Kejora.

Menerusi laporan Detik Hot, Rizky yang ditemui sewaktu pulang ke rumah berkata, apa yang berlaku akan dijadikan pengajaran buat dirinya.

“Sudah tentu saya menyesal dengan semua perkara yang berlaku. Jadi, saya berharap selepas ini saya akan menjadi manusia yang lebih berguna.

“Saya juga memohon agar semuanya dapat mendoakan saya untuk menjadi manusia yang lebih berguna serta menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Sebelum ini, Lesti yang juga penyanyi popular telah menarik semula laporan polis yang dibuat berhubung kes keganasan rumah tangga yang dilakukan suaminya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tuduhan berlaku curang, Rizky telah bertindak untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan.

“Sudah ya… saya minta maaf. Saya mahu berehat,” ujarnya ringkas. – KopiPlanet.com

The post Rizky Billar Menyesal Lakukan Kekerasan Terhadap Lesti Kejora, Enggan Ulas Tentang Tuduhan Berlaku Curang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.