Ads Top

Setelah terselamat pada minggu lalu, perjuangan penyanyi Pat Candy untuk terus bersaing di Gegar Vaganza 9 (GV9) telah berakhir.

Menampilkan persembahan bertenaga menerusi lagi Babak Pertama bersama Aepul Roza, ternyata Pat gagal mendapat markah yang tinggi daripada ketiga-tiga juri.

Dalam pada itu, Jaclyn Victor sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila muncul juara buat dua minggu berturut-turut menerusi lagu Cinta, duet bersama Aina Abdul.

Berada di tangga kedua pula adalah Shila Amzah yang berduet bersama Mimifly (Tamparan Wanita) dan Fuad Rahman yang mempersembahkan lagu Gemuruh bersama Naqiu berada di tangga ketiga.

Saingan GV9 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sela pengacara. – KopiPlanet.com

*Senarai Lagu Minggu Ke-6 (Cinta Rasa Antara Benua) & peratusan markah

1. Bukan Rayuan Gombal – Jaclyn Victor (92.4 peratus)

2. I Will Show You – Shila Amzah (82.20 peratus)

3. My Sacrifice – Fuad Rahman (81.70 peratus)

4. Kurik Kundi – Bob Yusof (81.40 peratus)

5. Everybody – Tomok (79.20 peratus)

6. I Hate Myself For The Loving You – Tom (76.40 peratus)

7. Killing Me Softly With His Song – VE (76.00 peratus)

8. Yu Liang Daibo – Hasrul Nizam (73.90 peratus)

9. Januari – Dina Nadzir (67.60 peratus)

10. Sweet Child Of Mine – Asheed Def Gab C (66.20 peratus)

11. Pat Candy – TERSINGKIR (58.40 peratus)

The post appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.