Ads Top

Ibu Hanim Anggap Usahawan Yang Dibimbing Menerusi Program BSS Seperti Anak Sendiri

Meletakkan kasih sayang sebagai asas dalam perjuangan membantu anak muridnya, Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih dikenali sebagai Ibu Hanim menyatakan ia bukan keuntungan semata-mata yang mahu diraihnya tetapi bagaimana ilmu yang dimilikinya ini akan terus membantu usahawan di luar sana. 

Ibu Hanim berkata, melalui program Business Sustainability Solution (BSS) anjuran Annems Leadership Solution Sdn Bhd, fokusnya kini mencungkil lebih ramai usahawan tempatan terutamanya golongan bumiputera untuk memberikan pendedahan ilmu Pembangunan Organisasi serta Kepimpinan yang tepat.

“Selama berpuluh tahun dalam bidang korporat membawa saya melihat bagaimana ramai jenama-jenama anak tempatan kita tidak bertahan lama. Benar saya boleh memeluk tubuh dan meneruskan kehidupan yang selesa tanpa bersusah payah. 

“Namun hati seorang ibu ini berbeza, saya anggap usahawan yang ini seperti anak-anak saya. Jadi apa yang boleh saya berikan adalah ilmu Pembangunan Organisasi serta Kepimpinan untuk memantapkan lagi perniagaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis graduasi 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti BSS baru-baru ini.

Ibu Hanim berkata, kesilapan bermula bila ada yang melihat perniagaan ini hanya ‘marketing’, sedangkan ilmu perniagaan itu terlalu luas dan melalui penguasaan ilmu yang dikongsikan mampu membantu mereka memastikan jenama perniagaan itu kekal relevan untuk tempoh masa yang panjang. 

Jelasnya pendekatan yang dilakukan berbeza dengan data yang ada pada setiap syarikat usahawan yang dibimbingnya itu akan digunakan untuk mengukur perkembangan dan tahap pemahaman mereka dalam melaksanakannya.

“Dalam program ini saya membina nilai kekeluargaan sebagai landasan hubungan dan cukup selesa menyalur ilmu dengan pendekatan seorang ibu. 

“Bukanlah keuntungan yang menjadi fokus utama saya semata-mata, tetapi bagaimana ilmu yang saya miliki ini mampu sampai dengan baik sekali gus menjadi sebab untuk ilmu ini diturunkan melalui anak-anak murid saya,” ujarnya.

Lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti, Ibu Hanim menyatakan untuk setiap batch program BSS, beliau hanya mengambil sekitar antara 20 hingga 30 syarikat sahaja agar tumpuan yang lebih mendalam dapat diberikan.

“Sebab saya mahu pastikan fokus yang diberikan kepada mereka ini sama rata selain mendalami setiap permasalahan yang membelenggu setiap usahawan ini.  

“Jadi setiap syarikat ini bukan sahaja mendapat layanan yang sama tetapi dalam masa yang sama saya juga mempunyai waktu untuk memahami dan mencari solusi yang terbaik buat mereka,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai majlis graduasi yang meraikan seramai 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti program BSS anjuran Annems Leadership Solution Sdn Bhd, ia adalah hari penghargaan atas komitmen yang diberikan usahawan-usahawan berjaya ini.

Merupakan penganjuran program kali ke-12 itu melibatkan kumpulan usahawan pada tahap “Growth”, iaitu mereka yang sudah memiliki perusahaan masing-masing dan berhasrat mengukuhkan kedudukan di dalam pasaran. – KopiPlanet.com

The post Ibu Hanim Anggap Usahawan Yang Dibimbing Menerusi Program BSS Seperti Anak Sendiri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.