Ads Top

Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan Hidung Di Korea Selatan

Pelakon popular, Lana Nodin mendedahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan hidung di sebuah bandar di Korea Selatan kira-kira lima hari yang lalu.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, pelakon berkenaan turut menujukkan hidungnya yang masuh berbalut.

“Hari ini hari yang kelima selepas melakukan pembedahan. Setakat ini tiada bengkak dan lebam pada wajah saya.

“Lebih menakjubkan saya langsung tidak berasa sakit dan kini saya sudah boleh keluar berjalan-jalan, manakala jahitan pada hidung akan dibuka dalam masa tujuh hari lagi,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan kemudian bertindak memandamkan video tersebut, namun sempat dimuat naik oleh beberapa individu di YouTube.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah menimbulkan persoalan ramai dan berasa rimas apabila asyik ditanya mengenai bentuk hidungnya yang kelihatan pelik.

Kemudia, Lana akhirnya membuat pendedahan apabila pernah melakukan pembedahan membetulkan struktur hidungnya setelah terlibat dalam kemalangan semasa zaman persekolahan. – KopiPlanet.com

The post Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan Hidung Di Korea Selatan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.