Ads Top

Kembali Berbaik & Tinggal Bersama Suami, Peminat Mahu Pihak Penyiar Televisyen Indonesia Boikot Lesti Kejora

Setelah menarik balik laporan polis serta kembali berbaik dan tinggal bersama suami, ternyata penyanyi Lesti Kejora mengundang kemarahan segelintir peminat.

Sehinggakan ada yang mahu agar pihak Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) memboikot penyanyi berkenaan yang telah bertindak memaafkan suaminya, Rizky Billar.

Bagaimanapun, pihak KPI dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa ia bukan mudah untuk memboikot seseorang.

“Dalam perkara ini, kami perlu menjalankan tugas yang bertepatan dengan tanggungjawab kami.

“Adakah perlu boikot? Sudah pasti perlu ada mekanisme yang perlu pihak kami tentukan,” jelasnya.

Sebelum ini, akaun Instagram KPI sarat dengan komen-komen netizen yang mahu supaya Lesti diboikot kerana memberikan contoh kurang baik.

Bagaimanapun, pihak KPI turut meminta stesen televisyen agar lebih bersikap selektif dalam pemilihan artis atau selebriti yang akan ditampilkan.

Pada bulan lalu, Lesti telah membuat satu laporan polis dengan mendakwa dirinya telah dipukul suaminya di kediaman mereka di Jakarta Selatan.

Malah, turut viral satu video yang menunjukkan Rizky membaling bola snuker ke arah isterinya itu sehingga mengundang kemarahan netizen. – KopiPlanet.com

The post Kembali Berbaik & Tinggal Bersama Suami, Peminat Mahu Pihak Penyiar Televisyen Indonesia Boikot Lesti Kejora appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.