Ads Top

Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni Tampilkan Bekas Peserta, Pemenang Bakal Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM10,000

Program Awesome Raja Lawak bagi minggu ke-7 pada Rabu ini menampilkan episod khas apabila bekas peserta atau almuni program berkenaan bakal bersaing bagi merebut hadiah wang tunai RM10,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, Strategi membawa masuk alumni Raja Lawak untuk beraksi bersama peserta ternyata berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga menyaksikan peningkatan jumlah tontonan sebanyak dua juta untuk episod minggu lalu sahaja.

“Kehadiran alumni bukan sahaja menyuntik elemen kelainan untuk menghiburkan penonton, malah turut mengimbau nostalgia dan memori kegemilangan pentas Raja Lawak sejak mula diterbitkan pada tahun 2007.

“Susulan keberkesanan strategi dan impak tersebut, kami membuat keputusan memperkenalkan pusingan khas ‘Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni’ sebagai kejutan untuk episod ketujuh,” ujarnya.

Beliau berkata, saingan secara one-off menyaksikan alumni yang bertanding adalah Mamak, Abu Mamu, Ajoe Mamu, Man Pos, Caca Dboss, Wann Wala, Achok, Chot, Pak Cu, Che Mat, Faiz, Kijat, Atan, Amir, Momo, Yim dan Idlan.

Ujar beliau, Inisiatif menerbitkan episod khas ini juga merupakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para peminat setia yang tidak pernah jemu menghulurkan sokongan kepada Awesome TV selama ini.

“Besar harapan kami agar taruhan minggu ini dapat mengekalkan momentum program Awesome Raja Lawak dan kami jangkakan sambutan yang bakal diterima akan terus meningkat untuk minggu-minggu seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, saingan minggu keenam menyaksikan peserta solo, Hanif yang mendapat markah terendah terselamat kerana tiada penyingkiran yang dibuat.

Pada aksi minggu lalu, Hanif sekadar memperoleh markah sebanyak 61 peratus sahaja, manakala Mabo muncul juara mingguan dengan markah 82 peratus.

Sementara itu, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, setelah enam minggu bersiaran, dapat saksikan kematangan dalam persembahan komedi oleh barisan peserta yang masih bertanding di pentas Awesome Raja Lawak.

Ujarnya, pengisian lawak yang mereka sampaikan juga berkaitan dengan isu semasa yang memudahkan masyarakat menerimanya, malah rata-rata juga tampil dengan content berkualiti yang seimbang, bertenaga serta sarat dengan mesej yang padu.

“Respons baik penonton sangat ketara di studio bagi persembahan minggu keenam bertemakan ‘Sejarah/Kenangan’ yang cukup meriah dengan penampilan istimewa alumni Raja Lawak seperti Amir, Caca Dboss, Mamak, Wann Wala, Man Pos, Abu Mamu, Ajo Mamu, Chot XOXO dan Achok Chilok.

“Keputusan untuk membawa masuk pelawak-pelawak senior kelahiran program Raja Lawak untuk mengiringi setiap persembahan ternyata berjaya memberikan saingan yang sengit pada minggu ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni Tampilkan Bekas Peserta, Pemenang Bakal Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM10,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.