Ads Top

Dilarang Pihak Produksi, Beto Kusyairy Masih Mahu Lakukan Sendiri Aksi Babak Tubuhnya Dibakar

Pelakon popular, Beto Kusyairy menjelaskan tindakannya untuk melakukan babak tubuhnya dibakar dalam supertelefilem Halimun adalah kemahuannya sendiri.

Beto berkata, biarpun ia sudah dilarang oleh pihak produksi yang bimbang dengan keselamatannya, dia masih tetap mahu melakukannya.

“Memang pihak produksi ada menyediakan stuntman untuk aksi berkenaan, kemudian saya berjumpa dengan penerbit dan menyatakan mahu buat sendiri.

“Pada mulanya mereka memang tak bersetuju, tetapi saya yakin dengan team yang ada mereka cukup berpengalaman untuk aksi sebegini,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton supertelemovie berkenaan yang berlangsung baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada berlaku sebarang kecederaan yang teruk ketika menjayakan aksi tersebut, Beto menyatakan semuanya dalam keadaan baik, kecuali bibirnya yang sedikit melecur.

“Untuk babak berkenaan, tubuh badan saya telah disapukan dengan krim khas. Cuma ketika itu di bahagian bibir saya telah kemam membuatkan krim itu hilang,” jelasnya.

Halimun mengisahkan tentang Zahir (Beto) yang berkahwin dengan Laila (Nabila Huda) tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh.

Keadaan itu membawanya untuk meminta bantuan sahabat lama, Adi (Kodi Rasheed) iaitu seorang penyelesai masalah para normal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.

Memegang watak Zahir dalam nashkah berkenaan, pelakon itu juga memberitahu isterinya hanya tahu mengenainya setelah dia selesai melakukannya.

“Aksi berkenaan telah dimuat naik oleh Nabila Huda di Instagram, jadi saya terus beritahu isteri untuk menjelaskan semuanya okey dan tidak mahu dia terlalu bimbang.

“Ketika itu isteri saya memang bising juga sebab dia risau dengan keselamatan saya. Apapun saya puas kerana sudah lama teringin nak lakukan aksi sebegini,” ujarnya.

Filem Halimun terbitan Azura Pictures bakal temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November ini. – KopiPlanet.com

The post Dilarang Pihak Produksi, Beto Kusyairy Masih Mahu Lakukan Sendiri Aksi Babak Tubuhnya Dibakar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.