Ads Top

Tolak Hadiah Tas Tangan Jenama Mewah, Suami Hadiahkan Ifa Raziah Barang Kemas Bernilai RM100,010

Penyanyi dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah telah dihadiakan set barang kemas bernilai RM100,010 daripada suami tercinta sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Ifa berkata, dia telah menolak untuk dihadiakan tas tangan jenama mewah dan kemudian suaminya memilih untuk menghadiahkan barang kemas.

“Sudah tentu ini hadiah ulang tahun paling bermakna daripada suami. Sebelum itu dia ada bertanya sama ada saya mahu tas tangan jenama kegemaran saya iaitu LV, tetapi apabila difikirkan saya sudah ada terlalu banyak koleksi tas tangan jenama berkenaan.

“Jadi, suami hadiahkan set barang kemas bernilai RM100,010 dan saya rasa ia juga adalah satu bentuk pelaburan yang cukup baik untuk masa akan datang,” ujarnya.

Ifa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang turut diraikan bersama peminat dan rakan-rakan.

Jelasnya, dia memang berhasrat untuk menjadi pengumpul barang kemas sebagai langkah persediaan sekiranya keadaan ekonomi terjejas.

“Jika suatu hari berlaku sesuatu tidak baik, lihat sahaja dengan pandemik selama dua tahun sehingga ramai yang terjejas di seluruh dunia membuatkan saya mahu menyimpan emas.

“Ketika ini saya sudah mula perlahan-lahan menyimpan duit dan emas. Kita tahu walau macam mana pun berlaku pada ekonomi, emas tetap ada nilainya,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau juga meluahkan hasrat dengan bercita-cita untuk membuka perniagaan barangan kemas dan sedang belajar selok-belok untuk menjalankan perniagaan itu. 

“Sebelum ini pun dah ada beberapa selebriti lain yang membuka bisnes barangan kemas dan ternyata ia membuatkan saya juga berminat untuk membukanya. 

“Insya-Allah memang sudah ada dalam perancangan, cuma nak buka sesebuah perniagaan seperti kedai emas ini perlu belajar selok-beloknya terlebih dahulu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Tolak Hadiah Tas Tangan Jenama Mewah, Suami Hadiahkan Ifa Raziah Barang Kemas Bernilai RM100,010 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.