Ads Top

“Sumpah Aku Rindu…” – Shuk Sahar Luah Rasa Rindu Ingin Kembali Ke Dunia Hiburan

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar meluahkan bahawa dirinya sangat rindu untuk kembali bergiat aktif dalam dunia hiburan.

Menerusi satu posting yang dimuat naik, Shuk menyatakan ada beberapa orang yang bertanyakan dirinya sama ada rindu untuk membuat comeback.

“Ada orang tanya shuk tak rindu ke nak melawak lagi?shuk tak rindu ke nak hosting lagi?shuk tak rindu ke nak buat comeback?…

“Sumpah aku rindu…rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap ngn kengkawan dalam radio…,” ujarnya menerusi posting berkenaan.

Sebelum ini, Shuk pernah menyatakan dia agak sudah lama tidak mendapat sebarang tawaran, malah adakala namanya dikatakan disenarai hitam oleh stesen televisyen.

Ia berikutan tentang kontroversi yang melanda dirinya tentang hubungannya dengan seorang wanita sehingga kehidupan rumah tangganya berantakkan. – KopiPlanet.com

The post “Sumpah Aku Rindu…” – Shuk Sahar Luah Rasa Rindu Ingin Kembali Ke Dunia Hiburan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.