Ads Top

Sudah 10 Tahun Bercinta, Raysha Rizrose Kini Bersedia Untuk Melangkah Ke Alam Perkahwinan


Pelakon popular, Raysha Rizrose mengakui dia kini sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan setelah 10 bertahun bercinta dengan pelumba kereta, Nabil Jeffri.

Raysha berkata, pada usia yang sudah mencecah 26 tahun, memang rancangan untuk ke alam perkahwinan itu memang ada setelah merasakan apa yang ingin dikejar selama ini, terutama sekali membabitkan kerjaya sudah tercapai.

“Kami pun sudah berkenalan dan kemudian bercinta sejak zaman sekolah menengah lagi. Tempoh 10 tahun itu rasanya sudah cukup untuk kami saling mengenali antara satu sama lain.

“Apapun ia kini bergantung kepada perancangan untuk persiapan ke arah itu, cuma bukanlah pada tahun ini. Mungkin tahun hadapan atau tahun yang lagi satu,” ujarnya.

Raysha berkata demikian ketika tampil pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen tersohor, Rizman dan Ruzaini yang sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk rekaan berkenaan. 

Ditanya mengenai cabaran sepanjang 10 tahun perhubungan yang sudah terjalin, Raysha memberitahu menjalinkan hubungan jarak jauh memang banyak memberi dugaan buat mereka berdua.

“Sepanjang tempoh itu, pernah juga hubungan kami putus selama empat bulan, namun kami bersama semula. Mungkin keserasaian yang sudah lama terjalin itu buatkan ikatan cinta kami kuat.

“Kalau bergaduh atau merajuk tu kira perkara biasa, tetapi kalau ada sebarang masalah yg timbul, kami akan cuba berbincang dan selesaikan secara baik,” ujarnya. – KopiPlanet.com

semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,”

Raysha Rizrose, 26, pernah sekali mengalami ‘putus cinta’ dengan kekasihnya, Nabil Jeffri, 29, juga seorang pelumba kereta Formula 3 sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak dari sekolah menengah.

The post Sudah 10 Tahun Bercinta, Raysha Rizrose Kini Bersedia Untuk Melangkah Ke Alam Perkahwinan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.