Ads Top

Konsert Ulang Tahun Ke-30 Dewa 19 Dapat Sambutan Hangat… 8,000 Baladewa & Baladewi Terhibur

Sempena sambutan ulangtahun penubuhan yang ke-30, kumpulan Dewa 19 sempat singgah ke Kuala Lumpur untuk konsert siri jelajah yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini.

Menariknya, konsert berkenaan berlangsung bukan sehari, malah diadakan selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 September memandangkan sambutan luar biasa yang diterima.

Apa yang istimewanya, kemunculan Dewa 19 kali ini, turut dihadiri Ahmad Dhani memandangkan konsert pada 2019, kelibat tunjang utama kumpulan tersebut tidak ada kerana sedang menjalani hukuman penjara ketika itu.

Berkesempatan hadir pada hari pertama konsert, ternyata Dewa 19 berhasil menghiburkan kira-kira 8,000 penonton yang juga rata-rata peminat mereka yang digelar Baladewa dan Baladewi.

Memandangkan ia adalah konsert sempena ulang tahun ke-30, ternyata semua anggota kumpulan termasuk kesemua vokalis iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzah dan Ello cukup bertenaga untuk mempersembahkan sehingga 37 buah lagu.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah seperti Antara lagu-lagu hits mereka adalah, Pupus, Larut, Sedang Ingin Bercinta, Arjuna dan Roman Picisan.

Selain itu, konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut berada dalam fasa sentimental yang tersendiri apabila semua penonton diminta untuk menyalakan lampu telefon bimbit masing-masing bersama iringan lagu tanpa muzik berjudul, Hadapi Dengan Senyuman.

Bahkan, konsert ini melabuhkan tirainya dengan dendangan lagu popular mereka, Separuh Nafasku yang dinyanyikan oleh kelima-lima vokalis kumpulan berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Konsert Ulang Tahun Ke-30 Dewa 19 Dapat Sambutan Hangat… 8,000 Baladewa & Baladewi Terhibur appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.